Bahan rujukan

Bahan rujukan
Klik di sini untuk mencari bahan

Laman Pengajaran

Rancangan Pengajaran Harian Bentuk 2 Dimensi




Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran                        : Matematik
Kelas                           : Tahun 3 Setia
Tarikh                          : 5. Oktober. 2011
Masa                           : 3.10 petang – 3.40 petang (30 minit)
Bilangan Murid                        : 35 orang
Bidang pelajaran         : Pengenalan bentuk 2 Dimensi
Objektif pembelajaran            : Memahami dan menggunakan kosa kata berkaitan dengan bentuk 2 dimensi
H. Pembelajaran         : Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
                                     1. Mengenal  bentuk 2 dimensi
                                     2. Menyebut  jenis-jenis bentuk 2 dimensi
                                     3. Menulis nama bagi setiap bentuk 2 dimensi
Konsep                        : Bentuk 2 dimensi
1.    Poligon
2.    Bukan poligon
Bahan ABM       : kertas berwarna dengan pelbagai bentuk 2 dimensi ,gam, gunting, kertas A4 Putih, kotak kasut, sehelai kertas, 



Pengatahuan sedia ada :
Murid  telah mengenali  beberapa bentuk 2 dimensi melalui pengetahuan sedia ada mereka.
Nilai-nilai : bekerjasama
Kemahiran : mengenalpasti bentuk 2 dimensi


Fasa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set induksi:
Menghubungkait
(3 minit)


·         Mengimbas kembali topic yang terdahulu
·         Memperkenalkan bentuk 2 dimensi dengan menggunakan bahan di atas meja. Contoh kertas A4

1.Guru bertanya murid mengenai topic yang terdahulu dan membuat perbandingan bentuk 3 dimensi dan bentuk 2 dimensi.

2.Guru menunjukkan  sebuah kotak kasut  (bentuk 3 dimensi) dan sehelai kertas A4 (bentuk 2 dimensi) lalu bertanya kepada murid tentang ciri-ciri pada kotak kasut dan kertas A4 tersebut.

3. Guru meminta murid membanding dan membezakan ciri-ciri yang ada pada kedua-dua bahan .




Murid memberi respon:




·         Menyatakan  ciri-ciri bagi kotak kasut(bentuk 3 dimensi) dan kertas A4(bentuk 2 dimensi)






·         Menyatakan perbezaan bagi  kedua-dua bahan.


Teknik :
·         Penyoalan seluruh kelas  berdasarkan bahan

Menstruktur :
Perkembangan
(10 minit)


Penerangan jenis-jenis bagi bentuk  2 dimensi

1.Guru meminta murid menyatakan bentuk 2 dimensi yang terdapat di dalam kelas.



Murid menyebut beberapa benda yang mempunyai bentuk 2 dimensi.

Teknik :
Mengenalpasti bentuk 2 dimensi.

Kemuncak
(10 minit)

Menghasilkan gambar dari susunan bentuk-bentuk 2 dimensi yang terdiri daripada bentuk bulat, betuk segitiga, bentuk segiempat sama dan segiempat tepat (secara berkumpulan)


Guru  meminta murid menyusun bentuk 2 dimensi menjadi sebuah gambar lain seperti:-







·         Murid menghasilkan pelbagai gambar dari bentu-bentuk 2 dimensi yang disediakan oleh guru secara berkumpulan.





Teknik :
Menyusun dan membina dari bahan yang diberikan dengan idea dan kreativiti masing-masing.


Penutup
(7 minit)

·         Membuat pembentangan


·         Mengenal bentuk 2 dimensi yang terdiri daripada poligon dan bukan poligon


·         Latihan pengukuhan

1.Guru meminta  murid mempamerkan hasil yang telah siap.

2. guru menerangkan tetang bentu 2 dimensi iaitu poligon dan bukan poligon



3. Murid diberi latihan

·         Murid mempamer dan membentangkan hasil mereka


·         Murid bertanya dan mendengar penerangan guru



·         Murid membuat latihan di dalam buku latihan.

Pembentangan wakil bagi setiap kumpulan.







Pengukuhan







Hasil kerja murid yang telah dikumpulkan berdasarkan aktiviti pengajaran di atas.:-

hasil kreativiti murid dari beberapa kumpulan yang terpilih.Murid menggabungkan bentuk 2 dimensi menjadi beberapa gambar yang menarik berdasarkan imaginasi murid-murid.