Bahan rujukan

Bahan rujukan
Klik di sini untuk mencari bahan

Thursday, 15 December 2011

Jenis Bentuk 3 Dimensi

Kak Limah sedang memasak kari,
Kari di masak pagi-pagi lagi,
Mari adik mari menyanyi,
lagu bentuk tiga dimensi,



Lagu boria bongkah


Membina bentuk tiga dimensi


Bentangan bentuk 3 Dimensi

 
Mari kita dengar perbualan ini......
 



Bentuk 3 dimensi

Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang



Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Friday, 28 October 2011

Laman komik

Bersambung.......

Laman Komik


Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang berani bernama Ryan yang cuba menyelamatkan seorang Puteri yang jelita bernama Miko.Ryan dibantu oleh Kimo di dalam pengembaraannya di dalam Istana Matematik yang luarbiasa.Bagi menyelamatkan Puteri Miko, Ryan perlu memusnahkan raksasa 3 dimensi dan raksasa 2 dimensi.......
 
Bersambung......


Friday, 14 October 2011

Jenis-jenis bentuk 2 dimensi

Jenis bentuk dua Dimensi

  • Segitiga ( triangular)
  • Segiempat tepat (rectangular)
  • Segiempat sama (square)
  • Octagon (oktagon)
  • Heptagon
  • Hexagon (heksagon)
  • Pentagon
Mari menyebut dan mengenali bentuk



Mari menyanyi bersama.... 

Pengenalan

Mari belajar mengenali bentuk:-

1) Murid akan dapat mengenali , menceritakan dan mengklasifikasikan bentuk 3-D .

2) Murid akan dapat membina bentuk 3-D.

3) Murid akan dapat mengenali , menceritakan dan mengklasifikasikan bentuk 2-D

4) Murid akan dapat mengenali dan melukis garisan simetri.



Pengenalan kandungan


Bentuk 2 Dimensi

Di dalam topik murid-murid akan mengenali ciri-ciri yang ada pada bentuk-bentuk 2 dimensi iaitu garisan tepi, bucu,permukaan dan sudut.Di dalam topik ini murid akan dapat mengenali dan membezakan jenis-jenis bentuk 2 dimensi yang terdiri daripada poligon dan bukan poligon.Melalui topik ini juga murid akan mengenalpasti ciri-ciri garisan semetri di dalam  bentuk 2 dimensi.


Bentuk 3 Dimensi

3 dimensi adalah suatu topik yang menarik untuk dipelajari. Melalui topik ini kita akan mengenali dan menghubungkaitkan persekitaran dengan bentuk 3 dimensi.Murid juga akan mengenali jenis-jenis bentuk 3 dimensi yang terbahagi kepada dua iaitu prisma dan bukan prisma.Melalui topik ini, akan diperkenalkan bahagian dan ciri-ciri bagi bentuk 3 dimensi prisma.Murid juga boleh mencuba untuk membina bentuk 3 dimensi yang menarik.


Latihan

Latihan dan permainan yang menarik akan disediakan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran dan pengetahuan murid-murid pada akhir blog ini...